Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 20 Disember 2014 (27 Safar 1436H),
Pusat Internet 1Malaysia Jerlun telah mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan
& Hari Terbuka buat kali ke-2 iaitu bagi suku yang ke-4 (Q4) bagi tahun
2014. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00
petang. Ianya diadakan bagi memperkenal dan mempromosikan PI1M Jerlun kepada
masyarakat setempat. Seramai lebih dari 200 orang pengunjung yang tinggal di
sekitar Mukim Jerlun telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya, Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan
(KK Ayer Hitam), Sukaneka Kampung, Slot Jobs Hunter (Jobs Malaysia Centre
Kedah), Slot Keusahawanan (MARA), Penerangan GST (Kastam), ICT Xplorace, Cabutan
Bertuah dan banyak lagi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato’
Othman Bin Aziz selaku Ahli Parlimen Jerlun, turut hadir ialah Pn. Norrazlina
Binti Nordin dari MCMC, Pn. Noorly Iza Binti Amir Roslan & En Zulkaperi
dari Maxis serta En. Aswat Bin Abu Bakar selaku Pengerusi JKKK Kampung Lubok
Pinang.
Majlis perasmian Pusat Internet 1Malaysia Jerlun telah dimulakan tepat
jam 11.00 pagi dengan ketibaan Ahli Parlimen Jerlun, Yang Berhormat Dato’
Othman Bin Aziz yang disambut oleh Penolong Pengurus PI1M Jerlun iaitu En.
Muhamad Hafizuddin Bin Abd Rahman di samping disertai oleh AJK-AJK dari kampung
sekitar. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Selepas
kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Pn. Siti Fatimah Binti Ayob
(Pengurus PI1M Pokok Sena), majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh En.
Azehar Bin Ahmad (Setiausaha JKKK Kg. Lubok Pinang). Setelah selesai ucapan
oleh YB. Dato’ Othman, majlis diteruskan lagi dengan beliau menandatangani plak
sebagai simbolik perasmian Pusat Internet 1Malaysia Jerlun. Akhir sekali,
diadakan sesi penyampaian sijil bagi Kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh
PI1M Jerlun, PI1M Pokok Sena & PI1M Gunung Hilir. Sesi penyampaian hadiah
bagi aktiviti sukaneka yang diadakan pada sebelah pagi turut diadakan di
samping acara yang ditunggu-tunggu iaitu Cabutan Bertuah. Setelah selesai, para
tetamu dijemput untuk menikmati makanan yang telah disediakan.
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran booth daripada Maxis yang
menjual pakej peranti pintar pada harga yang amat murah dimana ramai pengunjung
berlumba-lumba untuk mendapatkan set telefon Lenovo A316i pada harga RM150
sahaja. Booth dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam turut menjadi tumpuan apabila mempamerkan
alatan yang digunakan untuk Fogging serta risalah-risalah kesihatan yang
diberikan secara percuma kepada pengunjung. Selain itu, pemeriksaan kesihatan
juga turut menarik perhatian warga emas yang datang untuk memeriksa tahap
kesihatan mereka.
Sekalung perhargaan
diucapkan kepada semua urusetia yang memberikan kerjasama tidak berbelah bagi
dalam menjayakan Majlis Perasmian & Hari Terbuka Q4 PI1M Jerlun. Urusetia-urusetia
yang terlibat terdiri daripada Pengurus & Penolong Pengurus PI1M Pokok Sena
serta PI1M Gunung Hilir dan beberapa orang AJK dari kampung sekitar. Kesimpulannya,
program ini bolehlah dikatakan berjaya dengan penglibatan daripada penduduk
setempat dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Sekian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 |
Tentatif Majlis |
 |
Persiapan terakhir untuk Majlis Perasmian |
 |
Sesi Pendaftaran |
 |
Aktiviti Sukaneka |
 |
ICT Xplorace |
 |
Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Othman Aziz sedang memotong riben perasmiam |
 |
Dato' Othman sedang menandatangani buku lawatan VIP |
 |
Dato' Aziz Mahamod juga sedang mengisi buku rekod lawatan VIP |
 |
Urusetia-urusetia yang terlibat bergambar kenang-kenangan |
Hello :-)
ReplyDelete