Sunday, 22 March 2015

HARI TERBUKA Q1/2015 PI1M JERLUN




HARI TERBUKA Q1/2015 – Pusat Internet 1Malaysia Jerlun

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 21 Mac 2015 (30 Jamadilawal 1436H), Pusat Internet 1Malaysia Jerlun telah mengadakan Hari Terbuka buat kali ke-3 iaitu bagi suku yang ke-1 (Q1) bagi tahun 2015. Program dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Ianya diadakan bagi memperkenal dan mempromosikan PI1M Jerlun kepada masyarakat setempat. Seramai lebih dari 80 orang pengunjung yang tinggal di sekitar Mukim Jerlun telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya, Senamrobik, Klik Dengan Bijak (KDB), Bengkel Usahawan : Jahitan Manik, Bengkel ICT : Cara Menaip Yang Betul, Pertandingan Menaip, Pertandingan Silangkata ICT & Ceramah Pencegahan Kanser Serviks serta Cabutan Bertuah.Walaupun program dirangka bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi seawal jam 8.00 pagi sudah ada para pengunjung yang datang untuk mendaftar ke bengkel atau aktiviti yang ingin disertai. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh adik Sareh Aznan & juga adik Nur Syafiqah. Selesai aktiviti senamrobik para pengunjung menjamu selera dengan nasi lemak & air mineral yang disediakan.

Pada lebih kurang pukul 10.00 pagi aktiviti Bengkel Usahawan : Jahitan Manik & Bengkel ICT : Cara Menaip Yang Betul dimulakan. Aktiviti dimulakan dengan sesi Klik Dengan Bijak (KDB) sebelum diteruskan dengan modul pengajaran yang dirancang. Pertandingan Menaip dijalankan selepas habis sesi Bengkel ICT. Kedua-dua aktiviti ini dijalankan serentak dan tamat lebih kurang pada pukul 1.00 petang bagi memberi laluan kepada semua peserta untuk menjamu selera dan menunaikan solat Zohor.

Seusai sesi rehat pada pukul 2.00 petang program diteruskan dengan aktiviti Jahitan Manik (sambungan), Pertandingan Silangkata ICT & Ceramah Pencegahan Kanser Serviks. Tepat pukul 5.00 petang program diteruskan dengan sesi ucapan & penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh En. Adenan Bin Hashim (wakil Pengerusi JKKK Kg Lubok Pinang). Program tamat lebih kurang pukul 5.30 petang.

Sekalung perhargaan diucapkan kepada semua urusetia yang memberikan kerjasama tidak berbelah bagi dalam menjayakan program Hari Terbuka Q1/2015 PI1M Jerlun. Kesimpulannya, program ini bolehlah dikatakan berjaya dengan bilangan pengunjung yang melebihi jangkaan serta penglibatan daripada penduduk setempat dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Sekian.



Sesi Pendaftaran

Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh adik Sareh Aznan


Sesi Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk "Hendap Siber / "Cyber-Stalking"


Antara modul yang diajar di dalam Bengkel ICT: Cara Menaip Yang Betul


Para peserta dapat menguji tahap kepantasan menaip di dalam pertandingan menaip yang dijalankan


Antara ragam para peserta yang menyertai pertandingan Teka Silangkata ICT


Para peserta khusyuk mendengar penerangan berkenaan kanser serviks


Bengkel Usahawan: Kelas Jahitan Manik yang diadakan turut mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum ibu


Antara hasil jahitan manik oleh para peserta


Pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Menaip iaitu adik Faris Hakimi


Pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Teka Silangkata ICT iaitu adik Sareh Aznan


Pemenang tempat pertama dalam Kelas Jahitan Manik iaitu Puan Zaiton


Sesi bergambar kenangan bersama peserta jahitan manik

No comments:

Post a Comment

Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball