Wednesday 6 April 2016

Lawatan Usahawan PI1M Ke Galeri Madu Kelulut Pokok Sena
12 Mac 2016
Pusat Internet 1Malaysia Jerlun dengan kerjasama PI1M Pokok Sena, Napoh, Kodiang dan Gunung Hilir telah membawa usahawan PI1M masing-masing ke Galeri Madu Kelulut Pokok Sena.

Usahawan dari setiap PI1M berkumpul di PI1M Gunung Hilir dan tiba di PI1M Pokok Sena untuk mendengar taklimat dari Pengurus PI1M Pokok sena. Sepanjang lawatan ke Galeri Madu Kelulut, peserta didedahkan dengan peluang untuk menjadi usahawan madu kelulut serta produk-produk yang boleh dihasilkan dari madu kelulut.

Selain itu juga, lawatan usahawan PI1M ini banyak membuka minda peserta tentang potensi yang terdapat dalam perniagaan madu kelulut ini.





Usahawan Cilik Ais Krim Sumi
26 Februari 2016
Pada 26 Februari yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Jerlun menjemput Guru Pasti Ar Rahmah Cik Habibah Bt Hashim menjadi tenaga pengajar kepada bakal-bakal usahawan cilik untuk mempelajari cara-cara membuat ais krim sumi.

Aktiviti dimulakan ada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk mendedahkan peserta ke dunia usahawan dan masyarakat setempat tentang kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun. Aktiviti dimulakan dengan Video KDB, seterusnya mempelajari cara-cara membuat ais krim sumi dan mempraktikkannya..
Selain itu juga, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan masyarakat setempat dan kerjasama dari agensi luar.



Saturday 17 October 2015

KELAS MS WORD + KDB

Program Kelas Ms Word
Subjek Sampingan :Klik Dengan Bijak 
Anjuran PI1M Jerlun
Tarikh  : 16 Oktober 2015 (Jumaat)
Masa   : 3.00 petang – 5.00 petang
Pengajar   : Pengurus PI1M Jerlun (Nor Farah Hana Bt Aman Khan)
Bilangan Peserta  : 4 orang (Guru KAFA & Guru PASTI Al-Huda)


Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta

Friday 16 October 2015

KELAS KEUSAHAWANAN - SPEAKING (BASIC GREETING)

Program Kelas Keusahawanan - Speaking (Basic Greeting)
Anjuran PI1M Jerlun
Tarikh  : 11, 12 & 13 Oktober 2015 
Masa   : 10.00 pagi – 12.00 pagi
Pengajar   :  Nor Farah Hana Bt Aman Khan
Bilangan Peserta  : 4 orang


Peserta sedang tekun mengikuti kelas

Sunday 20 September 2015

SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA

Sambutan Merdeka Dan Hari Malaysia


Pada Sabtu 12 September 2015 (28 Zulkaedah 1436H), Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun dengan kerjasama SOLS 24/7  telah mengadakan sambutan merdeka dan hari Malaysia bersempena Hari Malaysia. Pertandingan ini diadadakan di perkarangan PI1M Jerlun. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta pelajar SOLS 24/7 Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memupuk semangat partiotik di kalangan komuniti setempat disamping dapat mengenali masakan-masakan dari pelbagai bangsa di Malaysia

Sunday 9 August 2015

KELAS ASAS GRAFIK

Program Kelas Asas Grafik 
Subjek Sampingan : Klik Dengan Bijak (cyber-stalking)
Anjuran : SOLS 24/7 dengan kerjasama PI1M Jerlun
Tarikh  : 01 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa   : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Pengajar   :  Encik Waqars
Bilangan Peserta  : 9 orang


Pembelajaran yang sangat menarik

Thursday 30 July 2015

SAMBUTAN AIDILFITRI AHLI PI1M JERLUN

Sambutan Aidilfitri Ahli PI1M Jerlun 

Pada Sabtu 25 Julai 2015 (9 Syawal 1436H), Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Ahli PI1M bersempena bulan Syawal. Sambutan ini diadadakan di perkarangan PI1M Jerlun. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta pelajar SOLS 24/7 Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh komuniti dan PI1M Jerlun disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini. Semasa program ini berlansung pihak PI1M Jerlun juga  menawarkan penyertaan keahlian secara percuma
Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball