Thursday, 30 July 2015

SAMBUTAN AIDILFITRI AHLI PI1M JERLUN

Sambutan Aidilfitri Ahli PI1M Jerlun 

Pada Sabtu 25 Julai 2015 (9 Syawal 1436H), Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Ahli PI1M bersempena bulan Syawal. Sambutan ini diadadakan di perkarangan PI1M Jerlun. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta pelajar SOLS 24/7 Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh komuniti dan PI1M Jerlun disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini. Semasa program ini berlansung pihak PI1M Jerlun juga  menawarkan penyertaan keahlian secara percuma


Jamuan makan pada hari tersebut  bermula pada pukul 11.00 pagi, yang mana disebelah pagi staf PI1M Jerlun bersama sebahagian ahli PI1M saling membantu menyediakan hidangan dan juga kelengkapan lain untuk dihidangkan pada majlis tersebut.  Sebelum upacara bermula pihak PI1M telah menyediakan satu tempat khas bertujuan untuk memudahkan pengunjung yang mahu mendaftar keahlian secara percuma . Penduduk kampung berdekatan dan juga pihak SOLS 24/7 Jerlun turut hadir memeriahkan suasana. Semasa program berlangsung, pengunjung diselitkan dengan taklimat Klik Dengan BIjak dan dendangan lagu-lagu raya yang pastinya memeriahkan lg suasana. Acara sambutan selesai kira-kira pukol 3.00 petang yang mana sebahagian ahli PI1M dan juga staff PI1M bergotong royong membersihkan kawasan sekitar PI1M  dan membuang sampah sarap yang ada. Alhamdulillah acara pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun dilakukan secara sederhana.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan hari raya di PI1M Jerlun. Keseluruhannya, program ini adalah Berjaya dengan bilangan pengunjung yang melebihi jangkaan dan dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama.

  Antara Juadah Yang Telah Disediakan

Ahli PI1M turut sama membantu menjayakan majlis

                     

Borang Keahlian Secara Percuma Turut Disediakan

 Golongan Dari Pelbagai Bangsa Dan Agama Yang Hadir



Ahli PI1M turut sama bergotong royong membersihkan kawasan sekitar 


Sesi Bergambar Kenangan Bersama Sebahagian Pengunjung Yang Datang Bagi Memeriahkan Majlis



No comments:

Post a Comment

Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball