Sambutan Merdeka Dan Hari Malaysia
Pada Sabtu 12 September 2015 (28 Zulkaedah 1436H),
Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun dengan kerjasama SOLS 24/7 telah mengadakan sambutan merdeka dan hari
Malaysia bersempena Hari Malaysia. Pertandingan ini diadadakan di perkarangan
PI1M Jerlun. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta pelajar
SOLS 24/7 Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memupuk semangat
partiotik di kalangan komuniti setempat disamping dapat mengenali
masakan-masakan dari pelbagai bangsa di Malaysia
Pertandingan
memasak ini telah disertai oleh pelbagai bangsa yang diwakili oleh pihak
masing-masing. Hidangan yang akan dihidangkan semasa pertandingan ini ialah
bubur jagung, ayam goreng celup tepung, mee goreng vegetarian serta masakan
dari portugis iaitu migas yang telah
disediakan oleh Anto’nio Oliviera. Pertandingan memasak ini bermula pada pukul
9.00 pagi yang mana pada hari tersebut pihak PI1M Jerlun telah menawarkan keahlian
secara percuma dan seterusnya telah diadakan taklimat pengenalan PI1M dan sesi
KDB dengan tayangan video yang telah disediakan.Pertandingan memasak bermula
pada pukol 10.00 pagi yang diwakili oleh pihak masing-masing. Acara memasak
berlansung di sekitar PI1M. Acara memasak tamat pada pukul 12.00 tengah hari
dan sesi penyampaian hadiah berlansung beserta dengan jamuan makan masakan yang
telah dipertandingkan. Acara tamat pada pukul 1.30 petang dan bersurai
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi
menjayakan dan memeriahkan sambutan Merdeka Dan Hari Malaysia di PI1M Jerlun
ini. Keseluruhannya, program ini adalah berjaya dengan bilangan pengunjung yang
melebihi jangkaan dan dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama.
Pengajar kelas bahasa Inggeris Sols 24/7 sedang memasak masakan tradisi dari negara kelahirannya Portugal
Sareh Aznan memasak resepi ayam celup tepung yang mewakili masakan melayu
Masakan dari kaum cina ialah mee goreng vagetarian yang dimasak oleh salah seorang peserta dari program Sols 24/7
Bubur jagung juga tidak ketinggalan disediakan oleh peserta.
Antara hidangan yang telah siap dimasak dan bakal dinikmati
Hidangan yang siap sedia dinikmati oleh semua pengunjung.
Sesi Klik Dengan Bijak (KDB) oleh Pengurus, Nor Farah Hana.
Sesi penyampaian hadiah dan juga saguhati kepada peserta
Sesi bergambar kenangan
No comments:
Post a Comment