Wednesday, 6 April 2016

Lawatan Usahawan PI1M Ke Galeri Madu Kelulut Pokok Sena
12 Mac 2016
Pusat Internet 1Malaysia Jerlun dengan kerjasama PI1M Pokok Sena, Napoh, Kodiang dan Gunung Hilir telah membawa usahawan PI1M masing-masing ke Galeri Madu Kelulut Pokok Sena.

Usahawan dari setiap PI1M berkumpul di PI1M Gunung Hilir dan tiba di PI1M Pokok Sena untuk mendengar taklimat dari Pengurus PI1M Pokok sena. Sepanjang lawatan ke Galeri Madu Kelulut, peserta didedahkan dengan peluang untuk menjadi usahawan madu kelulut serta produk-produk yang boleh dihasilkan dari madu kelulut.

Selain itu juga, lawatan usahawan PI1M ini banyak membuka minda peserta tentang potensi yang terdapat dalam perniagaan madu kelulut ini.





Usahawan Cilik Ais Krim Sumi
26 Februari 2016
Pada 26 Februari yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Jerlun menjemput Guru Pasti Ar Rahmah Cik Habibah Bt Hashim menjadi tenaga pengajar kepada bakal-bakal usahawan cilik untuk mempelajari cara-cara membuat ais krim sumi.

Aktiviti dimulakan ada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk mendedahkan peserta ke dunia usahawan dan masyarakat setempat tentang kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun. Aktiviti dimulakan dengan Video KDB, seterusnya mempelajari cara-cara membuat ais krim sumi dan mempraktikkannya..
Selain itu juga, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan masyarakat setempat dan kerjasama dari agensi luar.



Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball