Saturday, 27 December 2014

HARI TERBUKA Q4/2014 & MAJLIS PERASMIAN PI1M JERLUN


Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 20 Disember 2014 (27 Safar 1436H), Pusat Internet 1Malaysia Jerlun telah mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan & Hari Terbuka buat kali ke-2 iaitu bagi suku yang ke-4 (Q4) bagi tahun 2014. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Ianya diadakan bagi memperkenal dan mempromosikan PI1M Jerlun kepada masyarakat setempat. Seramai lebih dari 200 orang pengunjung yang tinggal di sekitar Mukim Jerlun telah hadir bagi memeriahkan program tersebut.


Sunday, 30 November 2014

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN MENGGUNAKAN ICT

Program Kursus Asas Keusahawanan Menggunakan ICT
Anjuran PI1M Jerlun
Tarikh  : 22 November 2014
Masa   : 2.00 petang – 6.00 petang
Pengajar   : Pengurus & Penolong Pengurus PI1M Jerlun
Bilangan Peserta  : 10 orang

Modul-modul yang diajar adalah berkaitan Kegunaan Internet & Email (Gmail), Facebook Page serta pembangunan blog (blogspot).



Sunday, 2 November 2014

HARI TERBUKA Q3/2014 – PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA JERLUN

Tentatif Program

Pada 27 September 2014 Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan hari terbuka untuk Komuniti Mukim Jerlun.Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan PI1M Jerlun kepada masyarakat setempat.

Friday, 31 October 2014

PROGRAM USAHAWAN - KELAS JAHITAN MANIK SIRI 1/2014

Program : Kelas Jahitan Manik Siri 1/2014 + KDB (Scam)
Anjuran PI1M Jerlun
Tarikh  18 Oktober 2014
Masa   : 2.00 petang – 5.30 petang
Pengajar   : Siti Fatimah, Pengurus PI1M Pokok Sena
Bilangan Peserta  : 7 orang


Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Spam
disampaikan oleh Pengurus PI1M Jerlun, Zanariah Ismail

Wednesday, 1 October 2014

PI1M JERLUN MENJADI PILIHAN REMAJA



Logo Rasmi PI1M Jerlun
Wahh... Sejak pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun pada 20 Ogos 2014 yang lepas, PI1M Jerlun ni tak putus-putus menerima kunjungan daripada remaja terutamanya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Untungnya, sebab adik-adik disini bersekolah mengikut sesi. Ada yang sesi pagi dan ada yang sesi petang. Jadi, sepanjang masa ler ada pengunjung. Berebut-rebut adik-adik kita ni nak menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Mana tidaknya, harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M Jerlun sangatlah berpatutan. Murah gilerrr...
Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball