Sunday, 2 November 2014

HARI TERBUKA Q3/2014 – PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA JERLUN

Tentatif Program

Pada 27 September 2014 Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan hari terbuka untuk Komuniti Mukim Jerlun.Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan PI1M Jerlun kepada masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pertandingan Mewarna bagi dua kategori iaitu Tadika (menggunakan pensil warna)& Sekolah Rendah (menggunakan aplikasi komputer). Selain itu, diadakan juga Pertandingan Menaip (Terbuka) Tayangan Video Patriotik (Leftenan Adnan), dan Permohonan Kerja Secara Online. Sesi cabutan bertuah juga diadakan kepada pengunjung yang datang pada hari tersebut. Pengerusi JKKK Kampung Lubok Pinang iaitu En Aswat Bin Abu Bakar telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Program ini bolehlah dikatakan berjaya kerana berjaya mencatat jumlah kehadiran yang memberangsangkan iaitu lebih kurang 150 orang yang terdiri daripada penduduk kampung sekitar Mukim Jerlun. Kesimpulannya matlamat serta objektif penganjuran program ini tercapai melalui penglibatan penduduk setempat di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan diharapkan penganjuran program seperti ini di masa akan datang terus mendapat sambutan yang menggalakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
Pertandingan Menaip



Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah



Pertandingan Mewarna Tadika



Pengerusi JKKK Kg Lubok Pinang, En. Aswat Bin Bakar



Sesi Penyampaian Hadiah

No comments:

Post a Comment

Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball