Wednesday, 1 October 2014

PI1M JERLUN MENJADI PILIHAN REMAJA



Logo Rasmi PI1M Jerlun
Wahh... Sejak pembukaan Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun pada 20 Ogos 2014 yang lepas, PI1M Jerlun ni tak putus-putus menerima kunjungan daripada remaja terutamanya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Untungnya, sebab adik-adik disini bersekolah mengikut sesi. Ada yang sesi pagi dan ada yang sesi petang. Jadi, sepanjang masa ler ada pengunjung. Berebut-rebut adik-adik kita ni nak menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Mana tidaknya, harga perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M Jerlun sangatlah berpatutan. Murah gilerrr...
Harga perkhidmatan yang murah. Berbaloi-baloi...
Kalau pembaca nak tahu, PI1M Jerlun ni banyak sikit peraturannya. Ye la, nak melahirkan generasi yang cemerlang dunia akhirat, kena la kawal sikit kan?
PI1M Jerlun mengamalkan peraturan:

  1.  NO GAMES (komputer / aplikasi). Jadi, pada adik-adik yang suka sangat main games tu, kenalah patuh pada peraturan ni kalau nak masuk yer. 
  1. PELAJAR PONTENG DILARANG MASUK. Haa... jangan nak pandai-pandai ponteng sekolah untuk mai PI1M Jerlun noh.. Kalau cuti, tunjukkan surat cuti pada staff yang bertugas
  1. DILARANG MEMBUAT BISING. Selalu sangat dah adik-adik ni di shuhhh.. shuhh.. kan oleh admin. Tapi, kalau ditegur pon tak layan jugak, maka terpaksa la admin halau suruh balik rumah je.
  1. DILARANG MAKAN / MINUM DI DALAM PI1M. Peraturan ni bukan apa, kalau benarkan makan atau minum, jenuhlah admin nak kutip sampah sarap kat dalam tu nanti. Kalau adik-adik nak tolong bersihkan tak pa la jugak





Dah alang-alang tu, boleh la Admin promote terus perkhidmatan yang PI1M Jerlun sediakan beserta dengan harganya disini yer. Mana la tau, lepas ni ada yang teringin nak datang mencuba kan?





2 comments:

Flaming Soccer ball > Flaming Soccer ball